Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 12:01 PM UTC, Jun 25, 2018

Minggu Sains Negara

  • Published in Teknologi

Foto: Website MOSTI

KUALA LUMPUR - Bertema “ Negaraku Berinovasi” merupakan sambutan Minggu Sains Negara yang buat buat julung kalinya di sambut di  seluruh negara.

Sambutan yang disambut hari ini hingga 7 April nanti akan bertujuan bagi menyemarak dan membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) pada pelbagai peringkat serta merapatkan jurang antara sains dan masyarakat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata penganjuran program itu  sejajar dengan Hari Sains Sedunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai acara tahunan sejak tahun 2002.

Pemilihan tema tersebut bersesuaian  dengani  penekanan kepada kepentingan inovasi untuk dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Penganjurannya  diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan STI kepada semua lapisan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju.

Program tersebut juga diharapkan dapat menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Antaranya Science Show Marathon, Science Chef in Action, Build a Truck!, Building Block Creativity dan Fun with Magnet.

Di samping itu, 1 “Majlis Pelancaran Robot Serangga Mini Yang Terbanyak” pada 5 April 2018 di Pusat Sains Negara akan dicatat dalam Malaysian Book of Records di bawah kategori Sains dan Teknologi.

Lokasi-lokasi program di negeri-negeri juga menyediakan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung antaranya Alert! Scientist on Board, Sci-Cinema, Sciensation, SAINS KERIANgan (SCIENCE FUN), Magical Aircraft, Autonomous Car, Robotic Race, Jelajah STI (Negaraku Berinovasi), STI Hopping, STEM Workshop, Jom Teroka ANGKASA, STEM Ecplorace, TPM Tissue Culture dan IBSE Workshop.

Bersempena dengan Minggu Sains Negara ini juga, Anugerah Juruteknologi Negara, Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Khas STEM yang menawarkan wang tunai antara RM2,000 hingga RM20,000 akan disampaikan.

Sertai Minggu Sains Negara dari 1 hingga 7 April 2018 yang akan berlangsung di seluruh negara! Untuk maklumat lebih lanjut sila layari www.mosti.gov.my/minggu-sains-negara.

 

((BERNAMA))