Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 12:01 PM UTC, Jun 25, 2018

Aplikasi Putrajaya Mobile Dilengkapi Fungsi Butang Panik Untuk Mesej Kecemasan

  • Published in Teknologi

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini melancarkan aplikasi Putrajaya Mobile yang antara lain dilengkapi dengan fungsi butang panik yang membolehkan pengguna menghantar mesej kecemasan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa Perbadanan Putrajaya.

Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail berkata fungsi butang panik memberi ruang kepada penduduk dan pengunjung Putrrajaya yang mengalami kecemasan dan butang panik ini boleh digunakan di 39 lokasi di seluruh Putrajaya.

Jelasnya menerusi aplikasi tersebut penghuni hanha menekan butang dan signal akan dikeluarkan.

Gambar individu yang menekan panic button akan dirakam dan dihantar ke control room.

Beliu berkata pemberita selepas pelancaran Putrajaya Mobile di Kompleks Kejiranan Presint 9 di Putrajaya.

Putrajaya Mobile yang diintergrasikan dengan Google Maps boleh digunakan untuk memandu arah ke lokasi yang ingin dituju dan mengakses maklumat keadaan trafik semasa di Putrajaya.

Maklumat lain yang dimuatkan dalam aplikasi Putrajaya Mobile ialah lokasi tarikan pelancongan, kemudahan awam, tempat letak kereta dan infomasi mengenai acara yang dianjurkan di Putrajaya.

((BERNAMA))