Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Tanjung Pelepas,Johor Bahru Jadi Hab Pengedaran Alat Ganti Volkswagen

  • Published in Teknologi
Gambar Hiasan

TANJUNG PELEPAS - Johor Bharu bakal menjadi Hab Pengedaran Alat Ganti untuk kenderaan Volkswagen bagi pasaran  Asia Pasifik, bermula suku keempat tahun ini.

Jelas Pengarah Urusan Volkswagen Passanger Cars Malaysia VPCM, Erik Winter, kemudahan simpanan alat gantinya di Singapura akan dipindahkan ke Tanjung Pelepas, Johor Bharu.

Ini seiring langkah syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dari Jerman itu menumpukan usaha meningkatkan prestasi bagi perkhidmatan selepas jualan dan penjualan alat ganti.

Katanya, lokasi Tanjung Pelepas yang strategik akan memudahkan cawangan-cawangan jualannya mendapatkan alat ganti dalam tempoh lebih singkat.

Ia sekaligus mampu memendekkan masa menunggu alat ganti dan tempoh perkhidmatan servis dilakukan.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Model Volkswagen Golf 2018.

Volkswagen Golf didatangkan dalam 4 varian, dan dijual dengan harga bermula RM 155,990.

((RTM JOHOR))