Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Aplikasi 'Journey Planner' Bantu Pengguna Perkhidmatan Awam Rancang Perjalanan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang membangunkan aplikasi 'Journey Planner'.

Aplikasi tersebut bertujuan membantu pengguna perkhidmatan awam di kawasan Lembah Klang untuk merancang perjalanan.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada suku tahun kedua 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata aplikasi itu merangkumi informasi bagi semua perkhidmatan bas henti-henti dan rel iaitu Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KTM Komuter, Monorail dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL).

"Aplikasi Journey Planner ini adalah percuma dan hanya perlu dimuat turun ke dalam telefon untuk menggunakannya, atau maklumat yang sama boleh didapati melalui laman web SPAD.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Antara ciri utama bagi aplikasi ini ialah paparan maklumat 'real-time' bagi perkhidmatan bas henti-henti, dimana maklumat tersebut bukan sahaja bagi perkhidmatan bas RapidKL tetapi juga merangkumi kesemua pengendali bas henti-henti di Lembah Klang.

Datuk Seri Nancy berkata data 'real-time' bagi kesemua bas itu akan disalurkan secara terus ke Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) yang bertempat di ibu pejabat SPAD dan Journey Planner menggunakan data ini bagi paparan kepada pengguna.

((BERNAMA))