Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Guna Teknologi Cipta Inovasi, Elak Salah Guna Telefon Bimbit

  • Published in Teknologi

TUARAN - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Ini katanya bukan sahaja dapat membantu usaha kerajaan merakyatkan inovasi tetapi juga mencegah rakyat daripada menyalahgunakan kemudahan teknologi seperti telefon bimbit dan Internet terutamanya untuk menularkan maklumat tidak benar.

Menularkan laporan yang belum disahkan faktanya khususnya di media sosial, berupaya memberi impak negatif kepada pembangunan dan ekonomi negara.

Katanya berita palsu yang disebarkan hanya untuk menarik perhatian orang ramai tanpa memikirkan implikasinya yang boleh menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Beliau berkata demikian  ketika merasmikan Konvensyen Inovasi Inklusif di Tuaran, Sabah.

Katanya bagi menangani golongan sedemkian, kerajaan antara lain mewujudkan undang-undang antiberita tidak benar yang dijangka dibentangkan di Parlimen minggu depan.

((BERNAMA))