Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Berlari Sambil Beramal Dengan BiiB+ App

  • Published in Teknologi

                                                                          Photo: Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih motivator larian tempatan, BiiB bekerjasama dengan Kelab Rotary Ampang untuk mengumpulkan dana bagi menyediakan air minuman bersih kepada Kampung Penempatan Pelarian Kamahor di Myanmar dengan memanfaatkan aplikasi BiiB +.

BiiB dalam satu kenyataan hari ini berkata dana itu akan digunakan untuk membina sebuah sistem pam air bertenaga solar, yang akan menyediakan air minuman bersih kepada lebih 200 penduduk kampung itu dan kampung-kampung lain yang berdekatan.

Daripada penderma konvensional kepada pemindahan benefisiari, acara amal yang menyeronokkan dan inovatif telah dicipta bagi tujuan ini. Dikenali sebagai 'Distance for a Cause', pengguna aplikasi BiiB + secara automatik menyumbang RM0.30 bagi setiap kilometer yang mereka lari atau berjalan," katanya.

Dilancarkan pada 24 Feb lepas, acara amal itu menyasar untuk mengutip US$9,000 (kira-kira RM36,000).

Presiden Kelab Rotary Ampang, Ooi Bee Ngoh berkata kumpulan pertama pembiayaan ditaja oleh Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, Universiti Malaya.

Kelab Rotary Ampang amat berbesar hati dengan sokongan Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah dalam membantu usaha kemanusiaantersebut

Beliau bangga menjadi sebahagian daripada program ini yang membabitkan 2 tujuan iaitu mempromosikan kesihatan para peserta dan memberi kesan positif kepada penduduk pribumi Karen di Myanmar dengan menyediakan air bersih ke kampung mereka yang terpencil

Mereka yang berminat untuk menjadi penaja oleh menghubungi melalui emel kepada BiiB di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

((BERNAMA))