Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

MyIPO, Kementerian Pendidikan Kerjasama Pastikan IP pelajar Dilindungi

  • Published in Teknologi

TUARAN - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan harta intelek (IP) sekolah dilindungi daripada diciplak oleh pihak ketiga.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata MyIPO sentiasa mengadakan program seperti Kem IP bagi membantu guru dan pelajar mengenai kepentingan melindungi harta intelek mereka.

Langkah itu selari dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam melahirkan generasi berinovasi dan berkreativiti.

Institusi sekolah boleh menjadi penggalak kepada penemuan idea baharu.

Beliau berkata demikian ketika menutup program IP Summer Camp di Sekolah Menengah Sains Sabah di Tuaran hari ini.

Datuk Shamsiah berkata sejak program IP dimulakan pada 2013, MyIPO telah menerima 70 permohonan daripada pelajar sekolah bagi Dana Pemfailan Harta Intelek dan setakat ini enam permohonan telah diluluskan untuk menerima dana itu.

((BERNAMA))