Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Channel W Bantu Ketengah Usaha Kerajaan Kepada Rakyat

  • Published in Teknologi

PUTRAJAYA - Karnival Kad Ceria Putrajaya akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Mac ini di Dataran Putrajaya bagi mendekati orang ramai serta mempromosi Channel W, saluran televisyen di Malaysia khusus untuk berita dan isu semasa termasuk perniagaan dan ekonomi.

Ketua Pengawai Eksekutif Channel W, Noor Azman Yusof berkata Channel W menjadi rakan kolaborasi strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengetengahkan usaha-usaha kementerian agar rakyat sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Orang ramai perlu tahu usaha transformasi yang dilakukan ketika ini oleh kerajaan akan memastikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Katanya Channel W akan membawakan program yang boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat untuk lebih maju serta menjana pendapatan melalui perniagaan

Dalam 1 kenyataan menyatakan karnival anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan menjalankan uji bakat pembaca berita Channel W, selain para pengunjung boleh menyertai aktiviti sukan yang menarik, meneroka sesi budaya, melawat pameran makanan dan produk.

((BERNAMA))