Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:09 AM UTC, May 27, 2018

SunMed Lancar Mesin Radiasi Canggih Rawat Kanser Otak

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR- Sunway Medical Centre (SunMed) hari ini melancarkan Ikon Pisau Gamma Leksell, mesin radiasi canggih untuk merawat gangguan neurologi dan keadaan otak yang biasanya memerlukan pembedahan saraf.

Ia merupakan versi terkini yang membolehkan rawatan berperingkat.

Pengarah Urusan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group, Lau Beng Long berkata rawatan Pisau Gamma merupakan inisiatif untuk menyediakan penjagaan berorientasikan pesakit, yang disesuaikan untuk mereka yang memerlukan pilihan rawatan inovatif dan berkesan untuk kanser otak.

Ikon Pisau Gamma membolehkan SunMed memberikan rawatan yang lebih dipercayai dan dikendalikan dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Kaedah rawatan tersebut merupakan 1 perubahan, dengan sedikit ketidakselesaan dan dos radiasi yang lebih rendah kepada tisu sihat pesakit

Beliau berkata demikian ketika  berucap pada pelancaran Ikon Pisau Gamma Leksell di Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway, dekat sini hari ini.

Lau berkata sebagai sebahagian daripada visi untuk menjadi antara pusat perubatan terkemuka di rantau ASEAN, SunMed mahu pesakitnya mendapat akses kepada teknologi dan amalan klinikal canggih, terutama ketika berhadapan dengan diagnosis kanser.

Malah, pesakit yang berdepan masalah serius dapat dirawat dengan prosedur tidak invasif ini dalam sehari tanpa perlu menginap di hospital semalaman," katanya.

Perunding pakar bedah neuro SunMed, Dr Ravi Krishnapillai berkata teknologi berkenaan membolehkan doktor menyasarkan dengan tepat kawasan di dalam otak dengan bantuan pelbagai teknik pengimejan.

Ia  memberikan pandangan 3D tentang sasaran dan di sekeliling struktur otak dan versi terbaru ini juga membolehkan pakar bedah untuk merawat lesion yang lebih besar tanpa sebarang komplikasi yang ketara daripada menggunakan dos radiasi yang lebih tinggi.

Sementara itu, penerima rawatan Pisau Gamma, Jesse Teh berkata sebagai pesakit kanser, beliau sentiasa takut dengan rawatan kanser dan kesan sampingan.

 

((BERNAMA))