Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

45 peratus Kanak-kanak Berusia 7 hingga 9 tahun Di Negara Ini Mahir Menggunakan Internet.

  • Published in Teknologi

AJIL -45 peratus kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun di negara ini mahir menggunakan internet.  

Manakala 78.8 peratus daripada mereka yang menggunakan internet mengalami ketagihan serius.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, Kajian juga mendapati hampir 92.5 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah pengguna internet tegar.

Datuk Seri Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu memberitahu RTM selepas merasmikan Majllis Apreasiasi Permata Ajil Gemilang dan Mesyuarat Agung Persatuan Bapa dan Guru, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil.
Pihak kementerian sentiasa mengadakan program kesedaran, pemantauan dan penguatkuasaan untuk mencegah mereka melakukan kesalahan siber.

Sehubungan itu, peranan ibu bapa sangat penting memantau dan mengawasi anak-anak mereka semasa di rumah.

((SUMBER: RTM/TERENGGANU))