Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Shopee Bakal Lancar Kempen Hari Gaji Pada Akhir Bulan Ini

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, akan melancarkan Kempen Hari Gaji, inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji pada 26 hingga 28 Feb ini.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, pengguna boleh menikmati tawaran dan potongan harga termasuk pulangan tunai sebanyak 18 peratus berbentuk syiling Shopee bagi produk promosi bagi setiap pembelian berjumlah RM1.

Katanya tahun lepas, pihaknya telah mendapat  purata peningkatan sebanyak 25 peratus dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji pada tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.

Menurutnya aliran ini mendorong untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan pulangan tunai 18 peratus membolehkan pengguna kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menyatakan jualan pra-kempen bermula pada 21 Feb, membariskan tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop serta Reckitt Benckiser.

Sepanjang 3 hari kemuncak kempen tersebut, pengguna boleh menikmati tawaran hebat bagi lebih 5,000 produk dari lima kategori terpilih iaitu peralatan elektronik dan mudah alih, kesihatan dan kecantikan, permainan kanak-kanak dan bayi, pakaian wanita serta perabot dan perhiasan rumah.

Selain itu, sepanjang kempen tersebut, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

"Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson," katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.shopee.com.my dan aplikasi Shopee boleh dimuat turun menerusi App Store atau Google Play.

((SUMBER:BERNAMA))