Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Eksplorasi Klik Dengan Bijak Tingkat Kesedaran Keselamatan Internet

  • Published in Teknologi

SANDAKAN - Pelaksanaan program Eksplorasi Klik Dengan Bijak tepat pada masanya bagi mewujudkan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap keselamatan dan penggunaan Internet secara bijak.

Ketua Menteri,  Sabah Tan Sri Musa Aman berkata program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) itu membolehkan konsep turun padang secara bersemuka dilakukan untuk mendekati masyarakat dan mendedahkan trend penggunaan media baharu.

"Saya yakin program ini dapat menerapkan amalan penggunaan positif media baharu untuk diaplikasikan oleh masyarakat khususnya ibu bapa dan para pelajar," katanya ketika merasmikan Program 'Eksplorasi Dengan Bijak: Kesejahteraan Siber Melalui Pendidikan' di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Pemantauan Media Baru SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Tan Sri Hussin Ismail.

Musa berkata dengan ledakan teknologi dan aplikasi media sosial yang mengubah landskap komunikasi dan penyampaian maklumat, usaha memupuk kesejahteraan siber dengan membina asas kesedaran masyarakat melalui pendidikan secara nyata dapat dilakukan.

((SUMBER:BERNAMA))