Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

'Pocket Online' Mudahkan Pelajar Pilih Bidang Ke Universiti

  • Published in Teknologi

SINTOK - Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) membangunkan aplikasi 'Pocket Online' bagi memudahkan pelajar membuat padanan kursus sebelum menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memuat naik aplikasi itu melalui aplikasi Play Store untuk memohon dan mengaksesnya selepas keputusan peperiksaan diumumkan Mac ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) peringkat negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah.

Hadir merasmikan karnival itu ialah wakil Menteri Besar Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail serta Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah berkata pemohon tidak perlu lagi bergantung kepada maklumat ibu bapa serta guru untuk memilih program yang diminati.

Menerusi aplikasi tersebut pelajar  boleh membuat penilaian dan ia sekaligus penting dalam menentukan masa depan pekerjaan mereka.

((SUMBER: BERNAMA))