Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Sistem Online 'Jom Zakat' Tingkat Kutipan Zakat Kedah

  • Published in Teknologi

ALOR SETAR - Sistem pembayaran zakat secara dalam talian (online) atau 'Jom Zakat' menerusi Skim Barakah dijangka dapat meningkatkan kutipan zakat di Kedah sebanyak 50 peratus tahun ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Bakar Din berkata perkhidmatan pembayaran zakat secara online itu memberi kemudahan kepada pembayar zakat yang tidak berkesempatan mengunjungi kaunter untuk menunaikan tanggungjawab zakat mereka pada bila-bila masa.

Katanya tahun lepas walaupun tanpa sistem, kutipan zakat negeri meningkat kepada 20 peratus jadi dengan adanya sistem Jom Zakat ini ia dijangka dapat meningkatkan lagi jumlah kutipan kepada 50 peratus berikutan kesedaran orang ramai tentang kewajipan membayar zakat.

Melalui sistem ini orang ramai boleh membuat pembayaran secara online dengan cepat dan mudah kerana maklumat dan kiraan zakat akan disediakan. Pembayar zakat juga boleh mengisi borang potongan gaji secara online

 Beliau berkata demikian  selepas Majlis Pelancaran Sistem Jom Zakat di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Datuk Bakar yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata pihak LZNK melancarkan sistem itu bagi membantu memudahkan orang ramai kerana mereka tidak lagi perlu ke pejabat zakat untuk membuat bayaran.

((SUMBER: BERNAMA))