Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

'Railway Sleeper' Dijangka Tarik Pemain Industri Thailand

  • Published in Teknologi

KANGAR - Inovasi pelapik landasan keretapi atau 'Railway Sleeper' hasil kajian penyelidik Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dijangka mampu menarik minat pemain industri di Thailand.

UniMAP dalam kenyataannya di sini berkata hasil penyelidiknya Meor Ahmad Faris Meor Ahmad Tajuddin dan Dr Rozyanti Rahman itu, sedang dipertandingkan di Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2018) yang berlangsung empat hari berakhir esok (Selasa).

Ketua Delegasi UniMAP pada eksposisi itu Prof Madya Dr Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata inovasi itu dilihat bertepatan dengan inisiatif antara kerajaan Malaysia dan Thailand yang dalam proses perbincangan mengenai pembinaan kereta api berkelajuan tinggi, menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok.

Beliau berkata hasil kajian penyelidik UniMAP ini secara tidak langsung turut membuka peluang kepada peningkatan kualiti bahan yang dapat digunakan dalam projek itu nanti.

 

IPITEX 2018 dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Thailand ACM Prajin Juntong dan disertai lebih 20 negara antaranya China, Poland, Indonesia, Iran, United Kingdom, Hong Kong serta Malaysia.

((BERNAMA))