Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Sebanyak 13 stesen Global Dock Less Sharing, O-Bike Ditempatkan Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru.

  • Published in Teknologi

JOHOR BAHRU - Sebanyak 13 stesen Global Dock Less Sharing, O-Bike atau perkhidmatan perkongsian basikal ditempatkan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Perkhidmatan bermula sejak 21 Januari lepas bertujuan menyokong inisiatif komuniti rendah karbon seperti digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon, MBJB 2015-2025.

 

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB, Amran A.Rahman, lebih 130 basikal disediakan dan berharap pengguna dapat menggunakan perkhidmatan tersebut sebaik mungkin.

Sebanyak 49 ringgit bayaran deposit dikenakan dan pengguna hanya perlu membayar 50 sen bagi setiap 30 minit penggunaan O-Bike.

Aplikasi O-Bike boleh dimuat turun di telefon pintar.

Antara lokasi O-Bike adalah di Jalan Tan Hiok Nee, Menara Tabung Haji dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Perkhidmatan OBIKE telah dilaksana dibeberapa lokasi tumpuan di beberapa bandar utama di negara ini seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Muar.

 Beliau ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Penuh Januari 2018 MBJB di Johor Bahru.

 ((SUMBER: RTM JOHOR))