Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

SpotSee Perkenal Kod QR Berikutan Isu Pemalsuan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - SpotSee, penyedia penyelesaian menyeluruh internet of things (IoT) mengadakan kaedah pengesahan seperti kod tindak balas pantas (QR) yang dikenali sebagai ShockWatch ShockDot, berikutan isu produk palsu.

Menurut Naib Presiden Pengurusan Produk SpotSee, Angela Kerr, ShockDot membolehkan pelanggan mengesahkan ketulenan produk yang mereka beli dan menyediakan 50 peratus lagi bidang petunjuk dan pengaktifan 360 darjah.

"Kami memandang serius penggunaan harta intelek kami secara tidak sah dan kami mengambil tindakan pantas untuk menghentikan penggunaan nama, reka bentuk dan tanda dagangan kami tanpa kebenaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif SpotSee, Tony Fonk.

SpotSee telah mengadakan serbuan ke atas pihak yang disyaki memalsu produk ShockWatch di Taiwan pada 26 Oktober 2017.


Sumber : BERNAMA