Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

JCorp Wi-Fi Bakal Bawa Limpahan Ekonomi Untuk Rakyat Johor

  • Published in Teknologi

JOHOR BAHRU - Kemudahan perkhidmatan Wi-Fi percuma yang bakal dinikmati rakyat di negeri ini secara keseluruhannya mulai Februari, dijangka turut membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Johor Corporation (Johor Corp) berkata kemudahan tersebut bukan sahaja tersedia untuk masyarakat di bandar tetapi turut melibatkan beberapa kawasan terpilih di luar bandar.

Katanya hanya dengan jaringan Internet yang stabil dan meluas seperti ini, kawasan luar bandar akan dapat menerima pelbagai limpahan ekonomi dari bandar dan sebaliknya,

Beliau berkata demikian di majlis  pelancarkan JCorp Wi-Fi dan aplikasi E-Hailing di Larkin Sentral, Johor Bharu hari ini.

JCorp Wi-Fi merupakan satu daripada titik sentuhan Bajet Johor 2018 yang diusahakan oleh Johor Corp dengan kerjasama rakan strategiknya Telekom Malaysia Bhd.

Menerusi JCorp Wi-Fi ini, lebih 800 hotspot dibangunkan di seluruh Johor mulai November tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

((SUMBER: BERNAMA))