Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Tribunal Aduan Pesawah Mungkin Ditubuh Dalam Masa Terdekat

  • Published in Teknologi

ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mungkin menubuhkan tribunal aduan untuk pesawah yang berhadapan masalah kadar pemotongan gred padi terlalu tinggi oleh pengilang hingga menjejaskan pendapatan mereka, dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pesawah yang menghadapi masalah itu boleh membuat aduan secara terus kepada tribunal berkenaan.

Anggota Tribunal itu nanti termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), pesawah yang dilantik PPK, dan pengilang.

Beliau bercakap kepada pemberita di Kubang Rotan, Kedah, selepas program santai bersama peladang muda dan penduduk.

 

Sumber : BERNAMA