Monday, December 9, 2019
updated 4:42 AM UTC, Dec 9, 2019

Rakyat Kedah Disaran Teroka Tanaman Padi Organik

  • Published in Teknologi
Foto: Gambar hiasan

SIK - Kerajaan Kedah menyarankan rakyat negeri khususnya di luar bandar supaya mengambil peluang menceburkan diri dalam aktiviti penanaman padi organik di kawasan tanah terbiar yang dilihat mampu melonjakkan pendapatan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan menerusi agensi serta jabatan berkaitan sedia membantu petani yang berminat terutama dalam penghasilan beras organik yang menjanjikan pulangan yang lumayan.