Wednesday, February 19, 2020

updated 12:24 AM UTC, Feb 19, 2020

Aplikasi I-Tegur Bakal Jadi Saluran Aduan Rakyat

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - Aplikasi i-Tegur yang diluluskan Mesyuarat Majlis Negara semalam diharap dapat mengalakkan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Zuraida Kamaruddin berkata, aplikasi berkenaan bukan sahaja memudahkan rakyat membuat aduan dengan menggunakan telefon bimbit tetapi turut membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi maklum balas dan khidmat dengan lebih cepat.