Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

UMP Lancar Aplikasi Xchain, Digital Valid8

  • Published in Teknologi

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini melancarkan dua aplikasi menggunakan teknologi 'blockchain' yang membolehkan simpanan data dilakukan di pelbagai lokasi dan tidak mudah digodam.

Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata dua teknologi itu termasuklah UMP Xchain atau dompet mudah alih akan mewujudkan persekitaran tanpa tunai dalam kalangan warga kampus.

Aplikasi UMP Xchain membolehkan pelajar dan kakitangan UMP menggunakan telefon pintar untuk melakukan transaksi pembayaran di kafetaria, kedai-kedai dan unit Bendahari.

Beliau berkata pada sidang media di UMP Kampus Gambang.

 

Sumber : BERNAMA