Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

12Rnow Aplikasi Pertama Himpun Acara Di Seluruh Negara

  • Published in Teknologi

IPOH - 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menghimpunkan program dan acara di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai.

Aplikasi yang berfungsi secara dua hala itu bukan sahaja memudahkan orang ramai menyemak senarai program dan acara yang akan berlangsung, malah memudahkan penganjur mendapat data mengenai pelanggan termasuk umur serta tempat tinggal.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata 12Rnow mempunyai beberapa kelebihan antaranya pengguna boleh membeli tiket untuk sebarang majlis menerusi aplikasi itu yang perlu dimuat turun terlebih dahulu.

Selain itu, terdapat ciri penebusan mata ganjaran yang mana pengguna dapat menebus nilai ganjaran daripada apa yang mereka belanja termasuk tiket percuma.

 

Sumber : BERNAMA