Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Bahagian Penting Teknologi 5G Di Ratifikasi Oleh Badan Standard Industri, 3GPP

  • Published in Teknologi

LONDON - Badan standard industri teknologi telekomunikasi, 3GPP, baru saja meratifikasi bahagian penting standard 5G yang baharu, setengah tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.

Laporan menurut laman "FierceWireless" yang melaporkan bahawa spesifikasi untuk standard 5G NR (radio baharu) yang  "non standalone" akan diterbitkan sebelum akhir tahun dan vendor-vendor dalam bidang teknologi ini seperti LG, Qualcomm dan AT & T yang akan menggunakan standard ini untuk membina peralatan rangkaian teknologi berasaskan 5G.

Usaha dan keinginan pihak vendor untuk meneruskan dengan teknologi 5G ini telah mempercepatkan jadual masa.

Pihak 3GPP pada asalnya menetapkan musim panas 2018 sebagai sasaran untuk pengesahan dan meratifikasi teknologi itu, tetapi disebabkan oleh tekanan syarikat vendor, badan itu menyemak semula tarikh akhir mereka hingga Disember.

Pengesahan dan ratifikasi itu berlaku pada sidang pleno RAN di Lisbon, Portugal, dengan laporan pertama muncul di Twitter.

Dave Wolter, dari bahagian teknologi dan strategi radio di "AT & T Labs", memberitahu: "Usaha itu nampak sangat agresif dan orang ramai memberikan banyak masa dan tenaga tambahan untuk  mempercepatkan kearah pengesahan ini, dan sudah samapi titik di mana pengeluar silikon boleh memulakan reka bentuk dan mula membangun silikon 5G mereka. "

(Sumber - Laman FierceWireless)