Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Facebook Adakan Butang "Snooze" Untuk Sembunyikan Mesej/Feed Rakan, Halaman Atau Kumpulan Yang Menjengkelkan

  • Published in Teknologi

MENLO PARK - Facebook telah memperkenalkan butang "Snooze", satu pilihan baharu yang boleh menyembunyikan mesej atau "posting" dari kawan, halaman atau kumpulan yang anda merasa menjengkelkan. Ini boleh digunakan untuk menyembunyikan "posting" orang yang tertentu selama sebulan.

Ini adalah sesuatu yang telah dibicarakan oleh Facebook sebelum ini, dan ia merupakan ciri yang telah muncul dalam ujian untuk sesetengah orang dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Tetapi sekarang Snooze diperolehi kepada semua orang, dan Facebook nampaknya telah memutuskan bahawa pengguna tidak perlu diberikan banyak pilihan.

Semasa dalam ujian, ia seolah-olah Facebook akan membenarkan "snoozing" untuk sehari, minggu atau bulan, kini sebulan adalah satu-satunya pilihan.

Menulis tentang ciri baru, Facebook berkata: "Kami telah mendengar daripada orang ramai bahawa mereka mahukan lebih banyak pilihan untuk menentukan apa yang mereka lihat di "News Feed" dan bila mereka hendak melihatnya.

Dengan adanya butang "Snooze", anda tidak perlu "unfollow or unfriend" untuk  selama-lamanya, sebaliknya hanya berhenti melihat siaran seseorang untuk jangka masa yang singkat.

Kawan, halaman, dan kumpulan yang anda "Snooze" itu tidak akan dimaklumkan. Anda akan dimaklumkan sebelum tempoh Snooze akan berakhir dan "Setting" juga boleh diterbalikkan pada bila-bila masa.