Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Apple Umum Pengeluaran Perisian Penyunting Video FCP X 10.4 Yang Di Kemas Kini

  • Published in Teknologi

CUPERTINO - Syarikat Apple mengumumkan pengeluaran perisian kemas kini utama untuk aplikasi penyunting video profesionalnya, Final Cut Pro X, versi 10.4  dengan ciri-ciri baru termasuk penyunting video 360 darjah VR, alat penggredan warna yang canggih dan sokongan untuk video HD Dinamik Tinggi (HDR).

Dioptimumkan untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan prestasi yang luar biasa dari iMac Pro yang baharu, pengguna Final Cut Pro kini boleh mengedit video 8K resolusi penuh untuk kali pertama pada Mac.

Apple juga memanjangkan sokongan video VR 360 darjah ke aplikasi ¨Motion and Compressor¨.  

Kini, dengan lebih daripada 2 juta lesen , Final Cut Pro X adalah versi paling popular perisian yang pernah digunakan oleh penyunting video profesional untuk membuat karya seni yang luar biasa, dari filem-filem yang memenangi anugerah Hollywood, kepada siaran antarabangsa dan video YouTube yang paling popular di dunia.

"Dengan ciri-ciri baru seperti pengeditan VR 360 darjah, penggredan warna canggih dan sokongan HDR, Final Cut Pro memberikan penyunting video alat-alat untuk mencipta kandungan generasi akan datang yang menakjubkan," kata Susan Prescott, naib presiden Apple Product Marketing . "

Apabila digabungkan dengan prestasi perkakasan Mac, termasuk iMac Pro yang baharu, Final Cut Pro menyediakan sebuah studio pasca produksi yang sangat berkuasa kepada berjuta-juta penyunting video di seluruh dunia."

(Sumber - Laman Apple)