Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Aplikasi E-Pineapple Bantu Pekebun Dapat Maklumat Industri Nanas

  • Published in Teknologi

PONTIAN - Aplikasi e-Pineapple yang mesra pengguna dilihat mampu membantu para pekebun nanas mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan industri berkenaan.

Sistem dalam talian Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) itu merupakan pusat maklumat dan pangkalan data berkaitan industri nanas dengan ciri-ciri keselamatan yang baik selain mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata e-Pineapple juga membawa perubahan transformasi digital LPNM kerana aplikasi itu tidak hanya membantu kakitangan tetapi juga warga tani industri nanas di seluruh Malaysia.

Antara sembilan modul utama di dalam aplikasi e-pineapple adalah profil industri nanas, modal bantuan dan insentif, modul industri asas tani dan modul pengurusan ladang.

 

Sumber : BERNAMA