Monday, March 27, 2017
vital-top
updated 1:15 PM UTC, Mar 26, 2017

MOSTI Harap Lebih Ramai Jurutera Tempatan Dilahirkan

MELAKA  - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berharap lebih ramai jurutera tempatan dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan guna tenaga kerja bidang tersebut pada masa hadapan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah berkata di bawah program Mega sains 3.0, kementeriannya merancang profesion baharu dalam lima industri baharu dan jurutera merupakan profesion yang perlu difikirkan.

Beliau berkata sejajar dengan itu, MOSTI akan bertindak dengan lebih proaktif dalam melaksana pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain menangani persepsi negatif mengenai sains yang dianggap sebagai bidang kritikal.

(Sumber - Bernama)

  • Jumlah paparan: 23