Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Karnival Ragbi Johor 2016 - 107 Pasukan Akan Bersaing

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - 107 pasukan dalam dan luar negara akan bersaing di kejohanan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Pasir Gudang MPPG pada Sabtu dan Ahad ini. 

Kejohanan Ragbi Asia 7 sebelah bawah 20 tahun turut disertai beberapa negara antaranya Thailand, Singapura, Hong Kong, Jepun dan UAE. 

Pasukan Ragbi kebangsaan bawah 20 tahun yang kembali mendapat suntikan jurulatih Wan Ibrahim Wan Chik mensasarkan kelompok Empat pasukan terbaik pada kejohanan ini. 

Pasukan negara akan berdepan dengan pasukan juara tiga kali Hong Kong, Taiwan dan Korea selatan dalam saingan kumpulan berazam memberikan saingan terbaik. 

Sementara itu Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Mohd Norazam Osman berkata sebanyak 6 katergori di pertandingkan pada kejohanan tersebut. 

Antaranya 32 pasukan terbaik daripada sekolah di negara ini akan mengambil bahagian dalam Cabaran Ragbi Medini Sevens bagi kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. 

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan penajaan Karnival Ragbi Johor di Johor Bahru.