Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Bayern Munich Tewaskan Manchester City 1-0

  • Published in Sukan

Munich - Bersama Manchester City, Pep Guardiola kembali ke Allianz Arena untuk menelan kekalahan 0-1 di tangan bekas pasukan kendaliannya, Bayern Munich. 

Bayern Munich yang kini dibimbing, Carlo Ancelotti turut menggunakan peluang untuk menguji kekuatan dan pemainnya. 

Beraksi di Allianz Arena kedua-dua pasukan turun tanpa sebahagian besar pemain bintang yang beraksi di Piala Eropah. 

Bagaimanapun, perlawanan tetap menarik menyaksikan beberapa percubaan tuan rumah termasuk Franck Ribery minit ke-16 diselamatkan, Willy Caballero. 

The Citizen kembali memperkemas rentak dan melakukan beberapa percubaan merbahaya ke pintu gol Bayern  Munich termasuk percubaan Fernandinho. 

Tandukan Wilfried Bony juga gagal menemui sasaran. 

Pada minit ke-75, tendangan Erdal Ozturk terbias mengelirukan Angus Gunn untuk menghasilkan jaringan tunggal perlawanan. 

Tamat perlawanan, Bayern Munich 1, Manchester City 0.