Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Chelsea Memperolehi Pemain Leicester, Kante Untuk Musim EPL Depan

  • Published in Sukan

London - Chelsea telah menandatangani pemain tengah Leicester City N'Golo Kante dengan perjanjian lima tahun dan dengan bayaran dipercayai berada di sekitar £ 30m.

Pemain pertahanan tiba dari Caen pada musim panas lalu dengan harga £ 6m dan kemudiannya membuat 40 penampilan dalam kempen Liga Perdana Inggeris yang

di memenangi Leicester.

Kante, 25, merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang mara ke final Euro 2016.

"Saya sangat gembira kerana dapat menyertai salah satu kelab terbesar di Eropah. Ia impian yang menjadi kenyataan bagi saya," katanya.

Kante merupakan pembelian kedua Chelsea untuk musim panas selepas mendapat  penyerang Belgium Michy Batshuayi yang menyertai dari Marseille.