Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

EURO 2016 - Jerman 2 Ukraine 0, Croatia 1 Turki 0 Dan Poland 1 Ireland Utara 0

  • Published in Sukan

 

Paris - Jerman memulakan aksi di Kejohanan Eropah 2016 dengan mengalahkan Ukraine 2 - 0.

Gol Jerman itu yang bermula daripada Shkodran Mustafi, pada minit ke-19 dan dalam pada itu, Ukraine cuba mengancam barisan belakang pihak Jerman tetapi tidak berjaya.

Pada masa kecederaan, Bastian Schweinsteiger dapat menambahkan lagi satu gol untuk pasukan Jerman.

Manakala, di perlawanan antara Croatia dan Turki, pada minit ke-41, Luka Modric berjaya menjaringkan dari jarak jauh membawa kemenangan kepada Croatia atasi Turki 1 - 0 dalam aksi pembukaannya.

Dan dalam pertemuan antara Poland dan Ireland Utara, Arkadiusz Milik memberikan Poland kemenangan 1-0 pada minit ke-51.