Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Liga Perdana - JDT2 Kalahkan Kuantan FC 4-1

  • Published in Sukan

Kuantan - Dalam aksi perlawanan Liga Perdana 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan pasukan pelawat, JDT Dua membenam Kuantan FA 4-1 malam tadi.

Ayam tambatan JDT Dua, Paulo Rangel terlebih dahulu memulakan pesta gol untuk skuad Harimau Selatan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-24.

Kuantan Fa yang tempang setelah pemain pertahanannya, Muhammad Ilham Yusof yang dilayangkan kad merah pada minit ke-12 menyaksikan prestasi pasukan The Seagulss' itu terus merudum.

Luka bertambah parah apabila JDT meraih dua lagi gol menerusi sentuhan penyudah Che Rashid Che Halim pada minit ke-43 dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-52.

Manakala pasukan tuan rumah meraih gol saguhati hasil sumbangan Srdjan Vidakovic pada minit ke-47.