Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Tenis ATP Madrid - Andy Murray Mara Ke Final

  • Published in Sukan

Madrid - Andy Murray kini selangkah lagi untuk mempertahan gelaran yang dimenangi tahun lalu.

Turun selaku juara bertahan, Murray diberi tentangan sengit oleh pilihan kelima, Rafael Nadal dalam aksi separuh akhir. 

Ketinggalan 2-5 pada set pertama, pemain Scotland itu bagaimanapun bangkit dengan kemenangan 7-5. 

Set kedua, lebih mudah buat Murray, menang 6-4 sekaligus mengulangi kejayaan mengatasi Nadal pada final tahun lepas. 

Bagi Nadal pula, ini kekalahan pertama pemain Sepanyol itu dalam 13 perlawanan di gelanggang tanah liat musim ini selepas meraih gelaran di Monte Carlo dan Barcelona.

Lawan Murray di final adalah pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang berjaya mara ke final selepas menewaskan jaguh Jepun, Kei Nishikori.