Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

Obor Sukan Olimpik Rio 2016 Tiba Di Brazil

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Obor Kejohanan Temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang dibawa dari Switzerland,  tiba di Stadium Mane Garrincha di Brasilia, Ibu Negara Brazil.

Pada acara penuh simbolik di Stadium Mane Garrincha, Obor sukan olimpik dibawa turun dari Helikopter oleh anggota bomba ;Haudson Alves .

Dia kemudiannya menyalakan api pada satu lagi obor yang dipegang oleh bekas bintang bola sepak Brazil; Lucimar Ferreira da Silva, yang lebih popular dengan panggilan Lucio.

Selepas itu, Lucio membawa obor itu lari keliling padang.

Obor tersebut akan dibawa merentasi 329 bandar di Brazil melibatkan 12,000 pembawa obor.

Pelarian Syria berumur 12 tahun , Hanan Khaled Daqqah  yang tiba di Sao Paulo bersama keluarganya tahun lepas,  antara 10 orang pertama, yang akan membawa lari  obor itu.

Perjalanan obor akan berakhir di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pada 5 Ogos, yang juga tarikh pembukaan Sukan Olimpik Rio 2016.