Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Delia Tewas Kepada Omneya

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Delia Arnold memberikan tentangan sengit sebelum tewas kepada pemain keenam dunia, Omneya Abdel Kawy dalam pertarungan empat set.
  
Diringi sokongan padu penonton Delia, memulakan saingan dengan kawalan gelanggang yang kemas, mengatasi Kawy 11-9.

Bagaimanapun, Kawy bangkit dengan lebih agresif diset kedua memaksa Delia berhempas pulas mengejar mata dari belakang.

Ketika Delia hampir merapatkan jurang mata 8-10, permainan dihentikan hampir sepuluh minit kerana Kawy mengalami pendarahan di hidung selepas terlanggar kepala Delia.

Sekaligus menggangu tumpuan pemain nombor dua negara itu lalu tewas 8-11.

Delia cuba mengejar sehingga 8-9 setelah ketinggalan 1-7 namun tewas  8-11.