Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Datuk Lee Chong Wei Dahului Senarai Anugerah Sam

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Lima atlet terbaik Malaysia telah disenarai pendek selaku calon penerima anugerah atlet terbaik SAM-100 PLUS 2015.    

Mendahului pencalonan, Persatuan penulis-penulis Sukan Malaysia, SAM adalah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. 

Chong Wei pernah memenangi gelaran ini pada 2009, akan dicabar penyandang gelaran yang juga pemenang tiga kali, Dato' Nicol Ann David.

Selain Nicol, turut tersenarai adalah ratu terjun negara, Pandelela Renong serta dua atlet yang pertama kali dicalonkan iaitu bintang wushu, Loh Jack Chang dan jaguh arena persilatan, Mohd Al Jufferi Jamari.   

Melihat kepada pencapaian gemilang dilakar lima calon tersebut, ternyata sukar untuk menduga atlet yang akan menjadi pilihan untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Anugerah SAM-100 PLUS 2015 akan berlangsung malam esok, di Kuala Lumpur.