Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Khairul Idham Tamat Perlumbaan Pada Grand Prix Amerika Syarikat Di Kedudukan Ke-20

  • Published in Sukan

Texas - Pelumba Moto3 yang menggegarkan negara minggu lepas, Khairul Idham Pawi gagal mengulangi kepantasannya pada Grand Prix Amerika Syarikat semalam.

Khairul Idham hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 20 selepas menjuarai kategori itu pada saingan di Grand Prix Argentina sebelum ini.

Pada aksi di San Antonio Texas ini, Khairul Idham memulakan saingan daripada petak ke 32.

Namun gagal mempamerkan tunggangan yang baik sepertimana di lakukan semasa di Argentina sebelum ini.

Anak kelahiran Hampung Gajah Perask ini menamatkan saingan dengan catatan 42 minit 02.975 saat.

Ketinggalan 48.107s daripada juara Moto3 kali ini, Romano Fenati dari Itali.

Pelumba pasukan Honda Team Asia ini mengumpul 25 mata untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan carta pelumba selepas tiga pusingan.

Perlumbaan seterusnya ialah Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez pada 24 April ini.