Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Khairul Idham Terima Intensif RM100,000 Dari Kerajaan Negeri

  • Published in Sukan

Perak - Insentif RM100,000 akan diberikan kepada pelumba MOTO3, Khairul Idham Pawi yang memenangi perlumba di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina baru-baru ini.

Insentif itu adalah tanda pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak di atas kejayaan pelumba berusia 17 tahun itu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, insentif itu juga  bagi mendorong Khairul Idham untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekaligus menjadi contoh kepada belia di negeri itu. 

Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyerahkan RM60,000 sebagai pembiayaan untuk pelumba itu menerusi Pejabat ADUN Kampung Gajah, namun Khairul Idham tidak sempat menerimanya kerana telah berlepas ke Argentina. 

Justeru  tambahan sebanyak 40 ribu ringgit lagi akan diberikan sebaik remaja itu pulang ke tanah air. 

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan meneliti keperluan untuk mewujudkan litar di setiap daerah berdasarkan permintaan tinggi oleh belia di Perak selepas kemenangan Khairul Idham.