Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Olimpik Rio 2016 - RTM Sebagai Penyiar Rasmi

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur -Selaras tema "Sukan Terbaik Hanya Di RTM", RTM akan membawakan liputan menyeluruh Sukan Olimpik. 

TV1, TV2 dan TVi akan menyiarkan lebih 500 jam liputan terpilih. 

Selaku penyiar rasmi, kehangatan Sukan Olimpik akan dimulakan dengan program Review sukan olimpik bermula 5 Ogos. 

Sementara siaran langsung Majlis perasmian pada 6 Ogos yang turut disiarkan di TV2. 

  Siaran langsung laporan harian akan bersiaran dari 7 hingga 22 ogos. 

TVi pula akan membawakan acara siaran langsung perlawanan pilihan. 

Barisan pengacara dan pengulas RTM pula tidak kurang hebatnya, antaranya Jasni Shafiee, Azlan Mubin, Fahrin Ahmad, Abdullah Hashim, Halim Othman dan Izwan Mohd Nor. 

Majlis pelancaran RTM selaku penyiar rasmi Sukan Olimpik Rio disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. 

12 atlet menerusi 5 sukan telah layak secara rasmi ke Rio dan jumlah itu bakal bertambah menerusi sukan-sukan lain.