Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Malaysia Akan Bekalkan Bahan Penghalau Nyamuk Kepada Atlet Dan Pegawai

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Semua atlet negara dan pegawai ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro akan dibekalkan dengan bahan penghalau nyamuk bagi melindungi mereka daripada nyamuk aedes, pembawa virus berbahaya Zika.

Pengarah Program Podium, Tim Newenham berkata semua atlet dikehendaki menyembur bahan itu ke badan mereka sebelum meninggalkan bilik masing-masing. 

Newenham, yang melawat Rio de Janeiro dan semua gelanggang Sukan Olimpik untuk mengumpulkan data baru-baru ini, berkata pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah yang diperlukan untuk mencegah pembiakan nyamuk itu, spesies sama yang membawa demam denggi. 

Amerika Syarikat dan Australia turut mengambil langkah sama membekalkan bahan penghalau nyamuk kepada atlet dan pegawai mereka. 

Sementara itu, Newenham turut menasihatkan atlet untuk memastikan kadar hidrasi tubuh mereka bagi menangani cuaca panas yang melanda negara ketika ini. 

Beliau juga memberitahu suhu sewaktu Sukan Olimpik nanti akan lebih rendah iaitu antara 19.7 dan 28.8 darjah celsius. 

Kira-kira 10,500 atlet dari 206 negara dijangka mengambil bahagian di temasya yang julung kali diadakan di Amerika Selatan dari 5-21 Ogos, yang menawarkan 306 pingat emas daripada 42 jenis sukan.