Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

Welson Mahu Cipta Kejutan Di Rio

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Selepas layak secara merit ke sukan Olimpik, atlet renang muda negara, Welson Sim bercita-cita tinggi untuk mencipta kejutan pada temasya sukan berprestij di Rio. 

Biarpun masih baru dalam penglibatan sukan bertaraf antarabangsa, atlet kelahiran Kuching Sarawak ini yakin, tiada yang mustahil andai latihan dan fokus menjadi keutamaan. 

Welson baru-baru ini mencipta sejarah pada kejohanan Singapore Finance 47th National Age menerusi acara 200 meter dan 400 meter gaya bebas sekaligus layak secara merit ke Sukan Olimpik. 

Welson juga turut berjaya mencipta rekod kebangsaan dengan memecahkan rekod sendiri yang dicipta pada Kejohanan Dunia di Dubai September, tahun lalu. 

Ditanya mengenai sasaran pada sukan Olimpik nanti, Welson yang masih kekok bertemu Media mahu menyumbang sesuatu yang manis buat negara. 

Perenang berusia 19 tahun ini kini menuntut di Pra Universiti Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan perenang Malaysia pertama yang layak secara merit dalam 2 acara. 

Untuk rekod, Malaysia pernah menghantar wakil ke sukan Olimpik di Athens pada 2004 menerusi Alex Lim Keng Liat dalam acara 100 meter gaya kuak lentang.