Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Tenis Terbuka BNP Paribas - Agnieszka Radwanska Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

California - Pemain pilihan dari Poland, Agnieszka Radwanska melangkah ke separuh akhir hasil kejayaan menumpaskan pemain Republic Czech , Petra Kvitova 6-2, 7-6 semalam. 

Menantinya di separuh akhir, Serena Williams atau Simona Halep yang akan berentap hari ini. 

Petra Kvitova bermula perlahan apabila membenarkan Radwanska merampas servisnya pada game kedua. 

Kesilapan itu memberikan keyakinan buat Radwanska untuk menang set pertama 6-2. 

Biarpun cuba bangkit pada set kedua dan mendahului 4-2, namun Radwanska sekali lagi tenang mengejar jaguh Republik Czech itu sekaligus membawa perlawanan ke tie-break. 

Pilihan ketiga itu akhirnya menang 7-6. 

Kemenangan itu melonjakan Radwanska selaku pemain no.2 dunia dibelakang Serena.