Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

MotoGP Spain - Axel Pons Terpantas

  • Published in Sukan

Sepanyol - Sesi ujian pra musim diteruskan dengan kelas Moto2 dan Moto3 di Litar Jerez, Sepanyol. 

Axel Pons paling cemerlang mencatat masa terpantas mengatasi Alec Rins untuk saingan Moto2 pada Khamis. 

Hari kedua terakhir sesi ujian pra musim dikuasai pelumba Kalex, Axel Pons. 

Pons bersama pasukan AGR mencatat masa terpantas 1 minit 41.703 saat untuk mengatasi Alex Rins daripada pasukan Paginas Amarillas HP 40 hampir setengah saat dibelakang. 

Seorang lagi pelumba Car Xpert Interwetten, Dominique Aegerter dari Sepanyol ketiga terpantas, juga dengan jentera Kalex. 

Sesi ujian juga menyaksikan kebanyakan pasukan melakukan pelarasan enjin berbeza untuk menguji jentera masing-masing. 

Penggunaan tayar juga menjadi keutamaan pasukan bertanding sebelum perlumbaan pembuka tirai hujung bulan ini.