Sunday, June 16, 2019

updated 11:07 AM UTC, Jun 16, 2019

Fatehah Pamer Aksi Mengecewakan Di London

  • Published in Sukan

London - Pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa terlepas peluang merebut tiket ke Sukan Olimpik di Rio dalam acara Keirin. 

Fatehah sekadar menduduki tempat ke-13 awal pagi tadi, sekaligus kini hanya bergantung kepada acara sprint untuk harapan ke Rio. 

Dalam perlumbaan di Lee Valley VeloPark, London itu, Fatehah menduduki tempat keenam dalam pusingan pertama dan berada di tempat kedua dalam pusingan 'repecharge'. 

Hanya seorang pelumba daripada 'repecharge' akan meneruskan saingan ke separuh akhir. 

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu masih mempunyai peluang terakhir untuk ke Rio dengan syarat bangkit dalam acara pecut, awal pagi Ahad. 

Kejohanan Trek Dunia di London ini adalah acara terakhir menawarkan mata ranking untuk ke Sukan Olimpik Rio, Ogos depan. 

Seorang lagi wakil negara, Azizulhasni Awang akan turun berlumba dalam acara pecut, esok bagi merebut tiket Olimpik dalam acara itu. 

Azizul bagaimanapun sudah terlebih dahulu memperoleh tiket dalam acara keirin.