Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Liga Super - Kelantan 2 Sarawak 2

  • Published in Sukan

 

Kota Baharu  - Kelantan seri 2-2  dengan Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semalam.

Sarawak, terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-lapan menerusi jaringan pemain importnya, Makeche Ndumba.

Kelantan kemudian menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain importnya, Blaze Ilijoski pada minit ke-43 selepas bijak menyempurnakan hantaran seorang lagi pemain import, Jonathan Lucca.

Beraksi pada babak kedua dalam keadaan hujan, menyaksikan Ilijoski sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-63.

Ilijoski berjaya menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Iqbal Suhaimi, selepas menerima hantaran daripada pemain tengah Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kegembiraan Kelantan tidak berpanjangan apabila Sarawak mengikat kedudukan pada minit ke-71 hasil rembatan Makeche Ndumba yang menerjah gawang, dan kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat.