Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

"Jangan Bandingkan Saya Dengan Roberto Carlos"- Faiz Subri

  • Published in Sukan

Pulau Pinang - "Saya masih pemain sama dan jangan bandingkan saya dengan Roberto Carlos". 

Itu reaksi Mohd Faiz Subri setelah jaringannya dibandingkan dengan gol  legenda Brazil, Roberto Carlos ketika saingan piala dunia 1998. 

Nama Faiz kini menjadi viral susulan jaringan ketiga ke atas pahang mendapat liputan luas media antarabangsa. 

Malah, pemain berusia 29 tahun itu menegaskan, beliau masih lagi pemain yang sama, dan mahu memastikan Pulau Pinang mendapat 3 mata dalam setiap perlawanan. 

Sementara itu, jersi yang dipakai Faiz ketika menjaringkan gol tersebut akan dilelong dengan harga pembukaan Rm 100,000 bermula minggu depan.