Sunday, June 16, 2019

updated 11:07 AM UTC, Jun 16, 2019

Borna Coric Ke Pusingan Kedua Kejohanan Tenis Dunia Rotterdam

  • Published in Sukan

Rotterdam - Pemain Croatia, Borna Coric meneruskan langkah ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Dunia Rotterdam selepas menewaskan pemain tuan rumah 7-6.

Pemain remaja Croatia itu diberikan tentangan hebat oleh Thiemo De Bakker di set pertama apabila terpaksa ditentukan menerusi tiebreak. 

De Bakker meneruskan tekanan di set kedua dan berjaya merampas set untuk membawa perlawanan ke game penentuan dengan kemenangan 6-4. 

Coric merampas servis Bakker pada kedudukan 5-3, sekaligus menutup perlawanan dengan kemenangan 6-3. 

Lawannya di pusingan kedua nanti ialah pilhan kelima, Gael Monfils atau Ernests Gulbis dari Latvia.