Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

Ronaldo Kekal Bersama Real Madrid Sehingga 2018

  • Published in Sukan

Madrid - Bintang Real Madrid, Christiano Ronaldo memberikan jaminan, dia akan terus kekal bersama kelab itu sehingga kontraknya tamat pada 2018. 

Ia sekaligus menepis dakwaan Ronaldo mahu berhijrah musim depan.

Ronaldo mahu menamatkan baki kontraknya sehingga 2018 sebelum berhijrah ke kelab lain. 

Bintang antarabangsa Portugal itu berkata demikian pada majlis Anugerah Marca di Madrid. 

Ronaldo merupakan pemenang anugerah tahunan Marca disamping rakan sepasukan, Sergio Ramos dan Carlo Ancelotti. 

Marca ialah surat khabar harian berpengkalan di Madrid. 

Majlis gilang gemilang diadakan di Goya Theatre pada Isnin, meraikan pemain dan pengurus kelab dari musim 2014-15. 

Pada majlis itu Ronaldo merangkul anugerah penjaring terbanyak untuk 3 musim berturut-turut. 

Sementara itu, Lionel Messi ditabal sebagai pemain terbaik La Liga, namun tidak hadir pada majlis tersebut.