Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Tennis Terbuka Australia

  • Published in Sukan

Melbourne - Di Margaret Court, Johanna Konta muncul pemain Britain pertama layak ke suku akhir Terbuka Australia sejak 1993.

Konta mengenepikan cabaran pemain pilihan ke 21 Ekaterina Makarova dalam penentuan tiga set.

Johanna Konta pemain bukan pilihan yang menghuni ranking ke 47 dunia bagaimanapun memerlukan masa selama tiga jam empat minit untuk menamatkan cabaran lawannya dari Rusia ini.

Tertinggal di set pertama 4-6, konta bangkit di dua set seterusnya untuk memastikan saingan Ekaterina Makarova hanya terhenti di pusingan keempat.

Pencapaian terbaik pemain wanita Britain sebelum ini ialah Virginia Wade dan Sue Baker yang layak hingga ke separuh akhir pada 1972.

Juara dua kali Victoria Azarenka mara ke suku akhir kelimanya di Melboutne Park ini selepas menyingkirkan pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Barbora Strycova.

Bekas pemain nombor satu dunia ini ternyata tidak diberi tentangan sengit oleh Strycova membolehkannya menang mudah straight set 2 6-4.

Begitupun permainan berlangsung selama satu jam 26 minit sebelum Azarenka boleh berdepan pilihan ketujuh, Angelique Kerber dipusingan seterusnya .